teman setia

siapa masam masam manis?

My photo
tampin, negeri sembilan, Malaysia
Muhammad Aidil bin Rosli sahaja, bukan kerabat diraja..bukan golongan bangsawan, bukan hartawan apatah lagi jutawan.. salam perkenalan

Thursday, May 30, 2013

Jumpa di Sem 2

 ALHAMDULILLAH....



Selesai sudah sesi pra klinikal bagi sem 1 tahun 2013. Saya dan sahabat telah ditempatkan di Hospital Baling untuk 2 minggu.

Antara ilmu dan prosedur yang telah saya buat :
-Cuci tangan
-Bed Making
-Observation
-Blood Transfusion
-Off Branula
-ECG
-CPR
-Dressing
-Gosip
-Lepak
-Bual dengan JP
-Tangkap Gambar 
-KFC....












Dan saya dah lulus final exam, tapi pointer tak tinggi macam kalian... yang penting saya bangga dengan usaha saya sendiri... So. jumpa di sem 2.. 

JUMPA LAGI WARGA BALING..




Tuesday, April 30, 2013

Final Exam


Hampir 5 bulan aku kt Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, macam macam pengalaman baru dah aku lalui. Kalau dulu sebelum datang Kedah aku takut kot kot orang Kedah garang-garang, rupanya mereka semua baik baik je...

9hb ni aku akan menghadapi Peperiksaan Akhir Semesta. Rasa macam kejap je masa berlalu..  Harapan aku semoga aku dan kawan kawan dapat jawab dalam Peperiksaan Akhir yang akan kami lalui.. InsyaAllah...

Tuesday, March 12, 2013

PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN


Dulu undang-undang dan syariah, kini pembantu pegawai perubatan. 

Wa lulus temuduga SPA dan telah dihantar ke KOLEJ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN ALOR SETAR.

Antara soalan yang wa kena tanya masa temuduga haritu :

1. Siapa nama kamu?
2. Minat ke?
3. Belajar mana dulu?
4. Kalau dapat Alor Setar kamu nak pergi? *wa org negeri sembilan
5. Jantung letak kat mana?
6. Apa peranan PPP?
7. Bagi contoh penyakit berjangkit.

macam macam jugak dia tanya, tapi kita kena la jawab sebaik mungkin, kalau tak dapat jawab cakap *maaf saya tak tahu. nanti diaorg bagi la jawapan yang betul. tapi jangan la semua yang ditanya kita jawab *maaf saya tak tahu~

Alhamdulillah ... kini dah 3 bulan wa berada dalam KOLEJ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN, intake JANUARI -  SEM 1- KUMPULAN 31. 

masa orentasi nanti, persiapkan segala persiapan, mental dan fizikal. *jangan lupa bawak jam loceng (bukan jam dalam nset) *pesanan!