teman setia

siapa masam masam manis?

My photo
tampin, negeri sembilan, Malaysia
Muhammad Aidil bin Rosli sahaja, bukan kerabat diraja..bukan golongan bangsawan, bukan hartawan apatah lagi jutawan.. salam perkenalan

Tuesday, March 12, 2013

PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN


Dulu undang-undang dan syariah, kini pembantu pegawai perubatan. 

Wa lulus temuduga SPA dan telah dihantar ke KOLEJ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN ALOR SETAR.

Antara soalan yang wa kena tanya masa temuduga haritu :

1. Siapa nama kamu?
2. Minat ke?
3. Belajar mana dulu?
4. Kalau dapat Alor Setar kamu nak pergi? *wa org negeri sembilan
5. Jantung letak kat mana?
6. Apa peranan PPP?
7. Bagi contoh penyakit berjangkit.

macam macam jugak dia tanya, tapi kita kena la jawab sebaik mungkin, kalau tak dapat jawab cakap *maaf saya tak tahu. nanti diaorg bagi la jawapan yang betul. tapi jangan la semua yang ditanya kita jawab *maaf saya tak tahu~

Alhamdulillah ... kini dah 3 bulan wa berada dalam KOLEJ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN, intake JANUARI -  SEM 1- KUMPULAN 31. 

masa orentasi nanti, persiapkan segala persiapan, mental dan fizikal. *jangan lupa bawak jam loceng (bukan jam dalam nset) *pesanan!